Salam
Rasa lama
sungguh tak update blog ni. Bertahun dah tinggalkan semenjak kerja di kl dulu.
Bulan Jun yang lalu kami sekeluarga berpeluang ke Turki selama empat hari
seterusnya menunaikan umrah. Rasanya ini pengalaman paling manis. Selama harini
sujud di tikar sejadah merenung Kaabah, tapi kalini dapat lihat depan mata.
Percutian di Istanbul juga nyaman sebab tengah spring. Bertemu dengan orang
yang tak disangka. Hari terakhir di Turki rasa cepat benar masa berlalu.
Bertukar nombor telefon, cuba hubungi tapi tiada country code. Niat hati ah
abaikan saja lah, di Malaysia nanti boleh telefon. Sesampai di Madinah hari
pertama telefon berbunyi, mungkin keluarga di Malaysia. Rupanya dia. Izzet
namanya. Selaku pemandu di Turki, agak berumur tapi selesa untuk didampingi.
Kerana kos
telefon lah along berleter :)
Dalam tak sedar dah sebulan kami berbual melalui telefon.
Dan kerana hal telefon ini lah yang jadi issue antara aku dan keluarga. Aku
settlekan apa yang patut. Aku tak pernah tanya pada papa. Tapi harapanku jika
benar dia jodohku moga dipermudahkan.
Picture sebenarnya banyak tapi tak
sempat pilih lagi J
InsyaAllah bulan August akan ke sana semula.