Monday, August 15, 2011

Cinta

Posted by H.A.M.I.M at 8:51 PM
Rasanya dah terlalu lama aku lupakan perkataan ni
Aku cuba teruskan hidup tanpa cinta
Cukupla cinta pada Allah s.w.t dan keluarga
Tapi aku wanita biasa, kadang mencari dan memerlukannya

Seseorang hadir tanpa aku duga
Rutinku jika keseorangan ialah YM
Apatah lagi sejak menyewa seorang diri
Seseorang telah membuat aku teringat tentang cinta

Pada mulanya aku mahu offline kerana mengantuk
Datang seseorang menegur, katanya mencari teman
Dirinya dari jauh, Lubnan
Bermulalah kisah kami bertukar cerita

Berkali-kali kucuba dial nombor diberi tapi tidak dapat dihubungi
Dia memberikan kod kawasan, tidak juga berjaya. Bila dapat aku terletak.
Bila berbual alpa yang kredit nya juga ditolak. Kasihan dia.
Akhirnya bersetuju jika dia topup, dia cuba telefon ku.

Nombor malaysia nya jika ditelefon akan menolak kreditnya
Jadi aku telefon nombornya di Lubnan
Kami rapat, walaupun hanya seminggu
Kerana dirinya putus tunang dua kali, mencari kawan yang ikhlas.

Disaat aku hampir lupa makna cinta, dia hadir.
Mungkin baru tapi setiap hari kami berhubung dengan Webcam.
Dia di Lubnan kerana misi keamanan, namun dek kerana Israel dia dalam bahaya
Tempiasnya kerana Lubnan diantara Palestin dan Israel.

Tadi seperti biasa kami webcam, tapi dikejutkan dengan kecemasan.
Mereka di panggil sebagai langkah berjaga-jaga.
Sayup hati memikirkan jika ada apa-apa terjadi
Secara tak langsung, menitis air mata.

Dia mungkin pulang bercuti bulan 10. Setahun pemergiannya.
Kepulangan kekal adalah bulan 7 tahun depan.
Ya Allah, kau permudahkan urusan mereka dan selamatkan dia.
Pesannya tadi sebelum pergi, jangan nangis lagi, selesai semua dia akan telefon.


Saya tunggu awak, semoga umat Islam kita di sana juga selamat

1 comments on "Cinta"

aZilsah on August 16, 2011 at 10:47 AM said...

insyaAllah amim. i ll pray for u. and i am happy with the news too :)

 

RhaPsOdY Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal