Friday, September 4, 2009

rasa hati yang tidak tersingkap dgn mata kasar

Posted by H.A.M.I.M at 2:54 AM
hati ini ingin dicintai
hati ini mahukan dirinya
tapi seakan serasa dia jauh
semakin hari jelas dia semakin jauh
kenangan hanya tinggal kenangan
sesuatu yang bukan lagi tidak pasti
malah mustahil kerana dia milik orang
masihkah ada cinta diluar sana untukku??

jauh disudut hati, perasaanku
serasa seakan angin cinta menghembus
tapi seperti kata orang, angin sepoi-sepoi bahasa
seperti bermain dengan cuaca
terkadang cerah elok cuacanya
kadang kala mendung berarak
egonya umpama petir yang muncul tiba-tiba
menjenguk dikala tidak diharap
"rindu?" ditanya sedangkan hatinya
keras seperti batu mahu meluahkan
tetap kelat dan tersekat
perlukah aku menanti
kapal berlabuh di perlabuhan yang tak pasti
atau harusku biarkan diriku berlalu....
tanpa perlu menghiraukannya

aku penat, lelah, tetapi...
dalam masa yang sama aku mahu
mahukan cinta, kasih sayang
tapi masihkah ada sisa cinta untukku??
layakkah diriku menerimanya??
walaupun secebis...ia memadai untuk membuat aku
berhenti berharap...
diriku perlukannya kerana aku penat...
MENANTI....

nukilan : hamim
waktu : 0.55
telah diedit semasa ditype

0 comments on "rasa hati yang tidak tersingkap dgn mata kasar"

 

RhaPsOdY Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal